Spaghetti Bolognese ala Sakura

SPAGHETTI BOLOGNESE ALA CHEF SAKURA


Salam,

Hello again. Hari ni kita masak Spaghetti Bolognese ala Sakura. Sebabnya it's very simple, cepat dimasak and sedap dimakan. Actually hari ni, ibu (my aunt) and my cousins datang so I've made this spaghetti. Sebenarnya diri sendiri teringin nak makan, but since mama and abah not a fan of spaghetti so, I've to wait for mereka yang penggemar Spaghetti (sad huh?:p). This is very simple recipe and method. I've added some prawns and squid. Nak guna ayam pun boleh. And you can add mcm kepah pun boleyh...Try it..!~

The Traditional Sauce


Ingredients (Simple Method) :
1 ulas Bawang Besar (potong dadu)
1-2 ulas Bawang Putih
1 ulas Bawang merah
1 biji tomato (potong dadu)
800gm daging kisar
1 cawan cendawan butang
1 botol/tin Sos Pasta Traditional (Prego) * if not gunakan 1 tin kecil tomato puree,cili sos, tomato sos
Sedikit Minyak Zaitun utk menumis
1 sudu kecil Oregano*
1 sudu kecil Thymes*
1 sudu kecil Italian herbs*
1 helai Bay Leave (Daun salam)
Air
Garam dan Gula secukup rasa

(*optional)

Methods:
1) Panaskan minyak zaitun,masukkan bawang putih,bawang merah, bawang besar da bay leave untuk menumis. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau.

2) Masukkan sos spaghetti , sedikit air (ikut citarasa). Biarkan ia mendidih dan daging empuk

3) Setelah mendidih, masukkan rempah-rempah seperti Italian herbs, Thymes, Oregano sebagai penambah perisa (jika mahu)

4) Kemudian boleh juga campurkan sotong atau udang jika mahu. Jika tidak, masukkan tomato dan cendawan butang yang telah dipotong dadu.

5) Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit cili sos / tomato sos jika perlu.

6) Pastikan
daging benar-benar empuk. Dan biarkan ia mendidih dan pekat seketika.

7) Siap dan sedia dihidangkan.

The Spaghetti


Bahan-bahan:
1 paket spaghetti bolognise (recomended Buttoni)
Air untuk merebus
Minyak zaitun
Garam
Mentega

Method:
1) Didihkan air di dalam kuali besar atau periuk. Masukkan 1 sudu kecil minyak zaitun/sayuran dan sedikit garam

2) Kemudian masukkan spaghetti tadi dan biarkan ia lembut.

3) Setelah itu, toskan dan kemudian gaulkan dengan mentega supaya tidak melekat.

4) Sedia dihidang :)


Tambahan:
1) Parmesan cheese sebagai hiasan
2) Jika tiada gunakan cheddar cheese kemudian hiris halus.


SELAMAT MENCUBA...!~

Fried Noodle @ Mee Goreng Atok's Style


Salam,
Mee goreng, antara makanan favourite our family (semua pun favourite kott). Because it's simple ( Dlm 10 minutes dh siap), bahan-bahan senang dapat and sedap di makan begitu sahaja. :p Sesuai untuk dihidang kepada tetamu yang dtg secara mengejut atau ketika party, family gathering..etc. Selamat Mencuba..!

MEE GORENG ATOK'S STYLE


Ingredients :
~1 paket Mee Kuning ( 5-6 person)
~ 10 ekor udang
~ Sawi
~ Sebiji Telur
~ Sebiji buah tomato
~ Kicap
~ Sos Tiram
~ 1 keping tauhu @ tauqua goreng
~ Taugeh
~ Sedikit bawang merah, bawang putih (blend @ tumbuk) dan cili boh ( untuk menumis)
~ Sedikit minyak untuk menumis



Methods:
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan tumis. Kemudian masukkan sedikit cili boh secukup rasa.

2. Setelah cili dan bahan tumis masak, masukkan udang dan batang sawi. Seterusnya masukkan mee kuning dan gaul.

3. Kemudian masukkan tomato yg telah dipotong, tauhu goreng dan daun sawi. Kacau sehingga masak . Masukkan kicap dan sos tiram secukup rasa ( tak perlu guna garam). Jika kering, tambah sedikit air.

4. Masukkan sebiji telur dan gaul. Pastikan api besar dan akhir sekali masukkan taugeh. Masak mengikut citarasa, nak sedap jangan lama sangat. Crispy baru sedap.

5. Akhir sekali masukkan kedalam mangkuk hidangan

6. Dan sedia untuk dimakan di waktu sarapan atau minum petang

Selamat Mencuba..!~

(notes: boleh ganti dengan bihun atau kuey teow)

** To Mama Triplets...this is the recipe in English version. Hope you'll try it...thanx!

Ingredients :
~ 1 packet of Noodles ( you can use Spaghetti if you want)
~ 10 Prawns (normal size)
~ Cabbage
~ 1 Egg
~ 1 tomato (cut it into six)
~ Sweet Soya Sauce ( 3-4 tbs)
~ Oyster Sauce (1-2 tbs)
~ 1 pcs Beancurd (optional)
~ Some beansprouts
~ Some garlics, shallots and chilli paste (blend it)
~ Some oil (olive oil)

Methods :
1) Heat the pan, then pour in some oil. Next, fried the mixed of garlics, shallots and chilli paste. Fried it till you get the nice aroma of it.

2) Then you can put in the prawns and cabbages. Next put in the noodles. Mixed it.

3) After that, put in the tomato cuts and fried beancurd. Mixed it well. Next put in some soya sauce, oyster sauce and you can add chilli sauce or tomato ketchup if you want. (Add some water if it's too dry)

4) Next, put in the egg and mixed it together. And lastly, put in the beansprout. Mixed it, but not too long. It's just to make sure the beansprout is crispy.

5) And the fried noodles is ready to be served :D Tadaa!~

Hope you can try this recipe...have a nice day! :)

Simple Butter Milk Cake / Orange Cake.



Butter Milk Cake
Salam,
Okay, semalam dengan selamatnya saya telah membuat a very simple Butter Milk Cake sempena cake harijadi uncle saya (Pak Za) yang ke 47th. Resipi cake ni saya dapat ihsan daripada kawan mama ; Uncle Kalam. Credits to him. Saya selalu mendapatkan resipi-resipi pembuatan cake yang berasaskan "masuk dan lebur style" :p Thanks ya uncle for the lovely recipes. Dan berikut adalah bahan-bahan di perlukan dan cara pembuatannya.

Bahan-bahan:

8 oz
butter milk (anchor/star brand)
6 - 7 oz caster sugar /brown sugar
10 oz self raising flour (ayak dengan baking powder)
2 sudu teh baking powder
4 sudu besar susu cair/fresh milk
4 biji telur (grade A)


from left: brown sugar,butter milk,self raising flour,eggs and fresh milk
Methods:
Campurkan kesemua bahan. Dan pukul menggunakan mixer (Start from low,medium than fast speed) . Kalau tiada mixer memadai dengan hanya memukul dengan senduk kayu. Pukul hingga adunan sebati. Bakar dalam loyang yang telah diglis dengan mentega dan sedikit tepung ( lapik kertas minyak lebih afdal).


from left: bancuhan telah siap dan kek telah siap dibakar

Bakar pada suhu 160 darjah celcius (jangan lebih) pada jangkamasa 40-45 minit. Sesusah kek masak. Letakkan loyang ke atas jaring besi berlapikkan towel kecik. Jangan keluarkan kek ketika panas. Biarkan sejuk. Sesudah sejuk, baru keluarkan kek dari loyang dan dipotong, seterusnya dimakan :D. Simple. Hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk proses membuat.

Tambahan:
Jika inginkan rasa lemon/orange. Masukkan parutan 2 biji kulit limau/lemon. Kemudian setelah kek masak dan sejuk. Bancuh perahan js 2 biji orange bersama 1 atau 2 sudu gula pasir kasar. Kacau dan curahkan di atas kek tadi. Siap :D

Tips:
* Gunakan butter milk. Not margerine or butter. ( Biase buttermilk mahal sikit )
* Jangan pukul bancuhan terlalu lama
* Jangan bakar melebihi suhu 160 darjah celcius. Sebab kek akan garing di luar and mentah di dalam.

Selamat Mencuba..!

Tips of The Day - Fresh Tomatoes

Salam,

Okay, sekarang saya akan share sedikit tips penjagaan tomato supaya ia mengekalkan freshness of the fruit. Sebenarnya saya dapat tips ni pun masa tengok rancangan kat channel AFC (703 Astro). Malaysian..please do take a note :)

Biasanya kita suka simpan buah tomato dalam peti sejuk walaupun pada tempat penyimpanan sayur yang disediakan. Salah tu taklah, tapi kesegaran tomato tu sedikit sebanyak akan terjejas. Kadang-kadang kita perasan kalau tomato tu muda, masuk je peti sejuk bila nak makan akan jadi masam. Ataupun kadang-kadang buah tomato jadi lembik.

The best thing is, kita letak sahaja buah tomato tuh di luar peti sejuk. Sebaik-baiknya kawasan berangin. Elakkan letak di sebelah peti sejuk atau dapur atau apa sahaja barangan yang mengeluarkan haba. Dengan cara ini, buah tomato akan kekal segar. Trust me :)

Eat Healthy, Stay Healthy!~ :)

Curry Puff @ Karipap


Salam,

Okay, this is the second recipe for now. It's Karipap berinti Daging dan Kentang. Karipap is one of my favourite kuih. But it's depends on the inti and the pastry. Kalau menjadi, sangatlah sedap tidak terhingga. So, I've got this recipe again from my arwah atok and it's goes to mama and to me :D. Sebenarnya, banyak yang kita boleh tukar such as inti sardin, ayam,sayur and the latest Cheese filling. (InsyaAllah, if I have time I'll show you the Cheese Curry Puff) Actually simple, just cheese (cheddar) and a bit of parsley/daun sup. Put some sliced chilli pun boleh. Tapi kena hati-hati masa goreng. Make sure minyak betul-betul panas. Masukkan and angkat. Not too long takut nanti cheese cair and pecah. :) Anyway, hope you try this..simple.. ;)



Bahan-bahan untuk Inti daging dan kentang :

100gm daging tenderloin/topside (dicincang) @ Guna daging kisar pun boleh
3 biji kentang ( dipotong dadu kecil)
2 biji bawang besar ( dipotong dadu kecil)
3 batang daun sup ( dihiris)
Sedikit serbuk kari
Sedikit serbuk kurma
Sedikit garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak/sayur
Sedikit air

Cara-caranya:
1) Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu, kemudian masukkan daging yang telah dicincang tadi.
2) Masak sehingga daging separuh empuk kemudian masukkan kentang.
3) Setelah memasukka kentang tadi, taburkan sedikit serbuk kari mengikut citarasa. Kemudian kacau. Setelah itu masukkan sedikit garam dan air. ( Nak bagi daging dengan kentang empuk) Seeloknya tutupkan kuali supaya kentang cepat empuk
4) Setelah pastikan kentang dan daging empuk, taburkan sedikit serbuk kurma dan gaul. setelah itu masukkan hirisan daun sup dan kacau.
5) Setelah semua ramuan sebati tutupkan api dan biarkan inti sejuk. ( boleh simpan dalam peti ais)


Bahan-bahan untuk doh :


2 cup tepung gandum
Setengah sudu kecil garam ( dibancuh dengan 1 gelas air sejuk)
1 biji telur
Setengah sudu besar marjerin
Air sejuk utk bancuhan

Cara-caranya:
1) Gaulkan marjerin bersama tepung. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti ( bread crumb)
2) seterusnya masukkan telur dan gaul. Dan kemudian campurkan dengan air bancuhan garam dan uli hingga menjadi doh..
3) Jika doh belum terbentuk...tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut dan adunan tak melekat tepi mangkuk.
4) Setelah adunan siap...tutup dengan tuala kecil.



Cara buat karipap:
1) Bahagikan doh tadi kepada bulat-bulat kecil. kemudian ambil doh kecil itu dan dicanai menggunakan papan pencanai. pastikan tidak terlalu tebal atau nipis.

2) Kemudian, gunakan acu karipap atau acuan asli (tapak tangan) masukan sesudu kecil inti di tengah-tengah doh.

3) Rapatkan kedua-dua hujung doh dan kelim.

4) Sebelum itu pastikan dulang telah ditabur dengan sedikit tepung supaya tidak melekat. Teruskan untuk doh yang lain.

5) Setelah siap, panaskan minyak ( minyak baru sebaik-baiknya). Dan goreng separuh masak. Selebihnya boleh disimpan dalam freezer untuk digoreng bila perlu.

6) kalau nak makan, goreng sehingga kuning keemasan. Sedap dimakan ketika panas..!

Nasi Ayam Sakura's Style



Nasi Ayam @ Chicken Rice was one of my favourite dishes. Sebabnya ianya sangat mudah disediakan and what can I say, it's complete. This recipe is turun temurun dari zaman arwah atok, to mama and to me. But I've made some changes in the recipe...biasalah kan tekak anak muda. So, this is the recipe..very simple. Try it :)



Recipe's : Chicken Rice @ Nasi Ayam

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam :
~ Beras
~ Bawang merah/besar
~ Halia
~ Bunga lawang
~ Kayu Manis
~ Buah Pelaga
~ Cengkih
~ Sedikit Minyak sapi/planta
~ Air
~ Garam
~ Daun Pandan

Caranya :
~ Basuh beras kemudian toskan. Kemudian panaskan minyak sapi/planta dalam periuk nasi atau kuali.
~ Tumiskan bawang,halia,bunga lawang, kayu manis,buah pelaga dan cengkih hingga naik bau.
~ Masukkan beras dan kacau. Masukkan air secukupnya ( macam masak nasi biasa). Masukkan sedikit garam dan daun pandan. Biarkan hingga nasi masak.

Bahan-bahan lain:



Untuk ayam panggang:
~ 1 ekor ayam
~ Madu
~ Sos tiram
~ Garam
~ Rempah thymes/rosemary
~ Sedikit kunyit
~ Sedikit minyak zaitun

Caranya:
~ Perapkan ayam dengan semua bahan. Dan masukkan sedikit minyak zaitun.
~ Kemudian panggang ayam di atas kuali atau dalam ketuhar sehingga masak.
~ Hiaskan dengan hirisan tomato,salad dan timun.



Sup Ayam with tauhu
~ Air rebusan ayam ( jika tiada air biasa)
~ Bawang merah/besar ( dihiris)
~ Bunga lawang
~ Kayu manis
~ Buah pelaga
~ Cengkih
~ Daun Sup
~ Tauhu lembut ( dipotong dadu kecil)
~ Minyak sayuran untuk menumis

Caranya:
~ Tumiskan bawang, bunga lawang,cengkih, buah pelaga,kayu manis menggunakan minyak sayuran.
~ Tuangkan air rebusan ayam atau jika tiada gunakan air biasa. ( Gunakan stok ayam jika perlu)
~ Biarkan hingga mereneh dan masukkan tauhu lembut yang dipotong
~ Seterusnya masukkan sediit hirisan daun sup dan batang daun sup.
~ Setelah mendidih, tutup api dan taburkan hirisan daun sup yang lebih dan sedikit bawang go


Kicap:
~ Air
~Kicap manis
~ Sos tiram
~ Gula
~ Garam ( jika perlu)
~ Bancuhan tepung jagung

Caranya :
~ Didihkan air dan kicap. Kemudian masukkan sediit sos tiram ( dalam satu sudu besar)
~ Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
~ Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sedikit likat.

Seterusnya...bolehlah dhidangkan ketika nasi masih panas..!!

Welcome Note

Salam,

Hye people...ok, some notes for this blog. This blog are special for foods lover. Which some of the foods are made by myself, with own recipes, friend's recipe or turun temurun punya recipes. There will be some nice spot for kaki makan. Which is sekitar Malaysia. Biasanya tempat-tempat ini adalah murah, dan yang penting serving delicious foods...and Halal of course :)

And to those who are kaki makan...or experts in cooking. Feel free to share with me your recipes. Anything, asian, western, locals...anything. And if there's any tips for cookings, baking or anything...I'll love it..and didahului dengan ucapan terima kasih.

That's All...Hooray for Food Lovers :)