Showing posts with label Ulam. Show all posts
Showing posts with label Ulam. Show all posts

Ulam dengan Sambal Kelapa



Ulam dengan Sambal Kelapa

Assalamualaikum

Sejak dua menjak aku kembali kepada unsure alami ni , aku mulalah pandai-pandai belajo nak makan ulam-ulaman laa kan. Yer la ibu-ibu , akak-akak sekalian , kononnya nak jadi muda jelita remaja kan , disamping nak jaga maintenance bagai. Bak kata mama , “awak muda-muda ni la dah start makan benda-benda ni , maintain sampai tua esok , ni macam mama dah tua baru nak makan , tu yang semua kena GOLD tu..” hahaha , merujuk kepada susu anlene ye rakan-rakan..

So , aku pun dah pandai le makan ulam-ulaman ni. Tapi MASALAH terbesar aku adalah , aku TAK RETI makan dengan sambal belacan. Series , bukan nak berlagak (since incek hero aku perli aku kata aku mat saleh celup atau melayu tak tulen kan) tapi memang takleh nak makan. Same goes to sambal tempoyak , cencalok , budu dan sebagainya. Sikit tu bolehlah , tapi nak makan as pencicah memang tak leh gi.

Jadi , mama yang baik hati lagi mulia suggest untuk di makan bersama sambal kelapa. Jadi , anaknya pun belajo ler cara-cara membuatnya. Esok senang , nanti incek hero makan sambal belacan aku leh gak makan sambal kelapa kan kan? Jadi , ni resipinya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

Ulam-ulaman (pegaga , ulam raja , daun selom , dan sebagainya)

Kelapa parut

Bawang besar/bawang merah (sikit je)

Ikan bilis/udang kering

Cili merah (ikut citarasa nak pedas)

Garam/Gula (secukup rasa)

Alatan :

Lesung batu (tradisional lah sikit kan)

Cara-caranya:

1. Tumbukkan cili merah hingga lumat (make sure potong-potong dulu eh) , pastuh masukkan bawang merah atau bawang besar , tumbuk hingga hancur

2. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang kering sebagai perisa , pun tumbuk hingga hancur

3. Setelah agak sebati , masukkan kelapa dan tumbuk-tumbuk sket.

4. Kemudian gaulkan , letak garam dan gula secukup rasa.

5. Sedia dihidang dan dimakan bersama ulam-ulaman.

Tips :

Bagi memastikan ulam-ulam atau jenis sayuran tahan lama , basuh sayur/ulam sebersih-bersihnya , kemudian toskan hingga kering. Pastikan betul-betul kering. Kemudian , masukkan sayur tadi dalam plastic biasa ataupun Tupperware dan masuk dalam peti ais.

InsyaAllah , sayur atau ulam akan tahan lama dan tak lecur. Tapi pastikan sayur atau ulam tu betul-betul kering selepas dittos tau! ;)