Showing posts with label Tips of The Day. Show all posts
Showing posts with label Tips of The Day. Show all posts

Ulam dengan Sambal Kelapa



Ulam dengan Sambal Kelapa

Assalamualaikum

Sejak dua menjak aku kembali kepada unsure alami ni , aku mulalah pandai-pandai belajo nak makan ulam-ulaman laa kan. Yer la ibu-ibu , akak-akak sekalian , kononnya nak jadi muda jelita remaja kan , disamping nak jaga maintenance bagai. Bak kata mama , “awak muda-muda ni la dah start makan benda-benda ni , maintain sampai tua esok , ni macam mama dah tua baru nak makan , tu yang semua kena GOLD tu..” hahaha , merujuk kepada susu anlene ye rakan-rakan..

So , aku pun dah pandai le makan ulam-ulaman ni. Tapi MASALAH terbesar aku adalah , aku TAK RETI makan dengan sambal belacan. Series , bukan nak berlagak (since incek hero aku perli aku kata aku mat saleh celup atau melayu tak tulen kan) tapi memang takleh nak makan. Same goes to sambal tempoyak , cencalok , budu dan sebagainya. Sikit tu bolehlah , tapi nak makan as pencicah memang tak leh gi.

Jadi , mama yang baik hati lagi mulia suggest untuk di makan bersama sambal kelapa. Jadi , anaknya pun belajo ler cara-cara membuatnya. Esok senang , nanti incek hero makan sambal belacan aku leh gak makan sambal kelapa kan kan? Jadi , ni resipinya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

Ulam-ulaman (pegaga , ulam raja , daun selom , dan sebagainya)

Kelapa parut

Bawang besar/bawang merah (sikit je)

Ikan bilis/udang kering

Cili merah (ikut citarasa nak pedas)

Garam/Gula (secukup rasa)

Alatan :

Lesung batu (tradisional lah sikit kan)

Cara-caranya:

1. Tumbukkan cili merah hingga lumat (make sure potong-potong dulu eh) , pastuh masukkan bawang merah atau bawang besar , tumbuk hingga hancur

2. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang kering sebagai perisa , pun tumbuk hingga hancur

3. Setelah agak sebati , masukkan kelapa dan tumbuk-tumbuk sket.

4. Kemudian gaulkan , letak garam dan gula secukup rasa.

5. Sedia dihidang dan dimakan bersama ulam-ulaman.

Tips :

Bagi memastikan ulam-ulam atau jenis sayuran tahan lama , basuh sayur/ulam sebersih-bersihnya , kemudian toskan hingga kering. Pastikan betul-betul kering. Kemudian , masukkan sayur tadi dalam plastic biasa ataupun Tupperware dan masuk dalam peti ais.

InsyaAllah , sayur atau ulam akan tahan lama dan tak lecur. Tapi pastikan sayur atau ulam tu betul-betul kering selepas dittos tau! ;)



Taugeh Goreng Kunyit dengan Udang


Taugeh Goreng Kunyit dengan Udang

Assalamualaikum.

Hari ni resipi simple jugak , taugeh hat yang besaq-besaq tu goring kunyit ngan buh udang sket. Taugeh ni , kekadang kalau kita masak tak lama , rasa dia maung sket , rasa maung ni macam rasa mentah-mentah gitu kan. Ni lauk favourite mama , memang pantang jumpa taugeh besar ni. So cekiaud!

Bahan-bahan:

Taugeh besar (buang ekor)

Udang halus (nak pakai udang besar pun boleh)

Bawang putih (dimayang halus)

Bawang merah (dimayang halus)

Bawang besar (dimayang halus)

Ikan bilis (sikit , buat perencah , nak pakai kiub pun okay)

Cili merah (dihiris)

Sedikit kunyit

Minyak untuk menumis

Garam/Gula

Air

Cara-cara :

1. Macam biasa , buang ekot taugeh tu , basuh bersih. Letak tepi

2. Panaskan kuali dengan minyak, sikit je untuk menumis. Guna minyak sayur pun okay.

3. Tumis bawang putih ,bawang merah ,bawang besar ,ngan ikan bilis sikit. Kemudian masukkan udang.

4. Agak-agak dah naik bau , masukkan taugeh , cili . Gaulkan m pastuh tabur kunyit sikit. Dalam setengah sudu kecik. Jangan banyak-banyak nanti pahit.

5. Bila agak dah gaul sebati , tuangkan sikit air. Sikit je , nak bagi taugeh tu masak/empuk.

6. Biarkan mereneh. Masukkan garam dan gula sebagai perisa. Nak pakai sos tiram sikit pun boleh.

7. Bila dah mereneh , boleh tutup api. Tapi kalau boleh , rasalah dulu taugeh tu dah lembut ke belum.

8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Nota tambahan:

a) Boleh juga ganti dengan masak kicap. Gantikan kunyit dengan buh kicap.

b) Boleh masukkan hirisan lobak merah atau sayuran kegemaran

Tips:

Untuk pastikan taugeh sentiasa rangup dan segar bila disimpan. Masukkan dalam bekas Tupperware (ala bekas Tupperware tau fu fah pun ok gak). Letak air sikit , jangan banyak sangat , letak sekeping asam keping. Yang kecik je. Masukkan dalam peti ais. InsyaAllah , taugeh akan segar.

Simple Butter Milk Cake / Orange Cake.



Butter Milk Cake
Salam,
Okay, semalam dengan selamatnya saya telah membuat a very simple Butter Milk Cake sempena cake harijadi uncle saya (Pak Za) yang ke 47th. Resipi cake ni saya dapat ihsan daripada kawan mama ; Uncle Kalam. Credits to him. Saya selalu mendapatkan resipi-resipi pembuatan cake yang berasaskan "masuk dan lebur style" :p Thanks ya uncle for the lovely recipes. Dan berikut adalah bahan-bahan di perlukan dan cara pembuatannya.

Bahan-bahan:

8 oz
butter milk (anchor/star brand)
6 - 7 oz caster sugar /brown sugar
10 oz self raising flour (ayak dengan baking powder)
2 sudu teh baking powder
4 sudu besar susu cair/fresh milk
4 biji telur (grade A)


from left: brown sugar,butter milk,self raising flour,eggs and fresh milk
Methods:
Campurkan kesemua bahan. Dan pukul menggunakan mixer (Start from low,medium than fast speed) . Kalau tiada mixer memadai dengan hanya memukul dengan senduk kayu. Pukul hingga adunan sebati. Bakar dalam loyang yang telah diglis dengan mentega dan sedikit tepung ( lapik kertas minyak lebih afdal).


from left: bancuhan telah siap dan kek telah siap dibakar

Bakar pada suhu 160 darjah celcius (jangan lebih) pada jangkamasa 40-45 minit. Sesusah kek masak. Letakkan loyang ke atas jaring besi berlapikkan towel kecik. Jangan keluarkan kek ketika panas. Biarkan sejuk. Sesudah sejuk, baru keluarkan kek dari loyang dan dipotong, seterusnya dimakan :D. Simple. Hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk proses membuat.

Tambahan:
Jika inginkan rasa lemon/orange. Masukkan parutan 2 biji kulit limau/lemon. Kemudian setelah kek masak dan sejuk. Bancuh perahan js 2 biji orange bersama 1 atau 2 sudu gula pasir kasar. Kacau dan curahkan di atas kek tadi. Siap :D

Tips:
* Gunakan butter milk. Not margerine or butter. ( Biase buttermilk mahal sikit )
* Jangan pukul bancuhan terlalu lama
* Jangan bakar melebihi suhu 160 darjah celcius. Sebab kek akan garing di luar and mentah di dalam.

Selamat Mencuba..!

Tips of The Day - Fresh Tomatoes

Salam,

Okay, sekarang saya akan share sedikit tips penjagaan tomato supaya ia mengekalkan freshness of the fruit. Sebenarnya saya dapat tips ni pun masa tengok rancangan kat channel AFC (703 Astro). Malaysian..please do take a note :)

Biasanya kita suka simpan buah tomato dalam peti sejuk walaupun pada tempat penyimpanan sayur yang disediakan. Salah tu taklah, tapi kesegaran tomato tu sedikit sebanyak akan terjejas. Kadang-kadang kita perasan kalau tomato tu muda, masuk je peti sejuk bila nak makan akan jadi masam. Ataupun kadang-kadang buah tomato jadi lembik.

The best thing is, kita letak sahaja buah tomato tuh di luar peti sejuk. Sebaik-baiknya kawasan berangin. Elakkan letak di sebelah peti sejuk atau dapur atau apa sahaja barangan yang mengeluarkan haba. Dengan cara ini, buah tomato akan kekal segar. Trust me :)

Eat Healthy, Stay Healthy!~ :)