Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Simple Butter Milk Cake / Orange Cake.



Butter Milk Cake
Salam,
Okay, semalam dengan selamatnya saya telah membuat a very simple Butter Milk Cake sempena cake harijadi uncle saya (Pak Za) yang ke 47th. Resipi cake ni saya dapat ihsan daripada kawan mama ; Uncle Kalam. Credits to him. Saya selalu mendapatkan resipi-resipi pembuatan cake yang berasaskan "masuk dan lebur style" :p Thanks ya uncle for the lovely recipes. Dan berikut adalah bahan-bahan di perlukan dan cara pembuatannya.

Bahan-bahan:

8 oz
butter milk (anchor/star brand)
6 - 7 oz caster sugar /brown sugar
10 oz self raising flour (ayak dengan baking powder)
2 sudu teh baking powder
4 sudu besar susu cair/fresh milk
4 biji telur (grade A)


from left: brown sugar,butter milk,self raising flour,eggs and fresh milk
Methods:
Campurkan kesemua bahan. Dan pukul menggunakan mixer (Start from low,medium than fast speed) . Kalau tiada mixer memadai dengan hanya memukul dengan senduk kayu. Pukul hingga adunan sebati. Bakar dalam loyang yang telah diglis dengan mentega dan sedikit tepung ( lapik kertas minyak lebih afdal).


from left: bancuhan telah siap dan kek telah siap dibakar

Bakar pada suhu 160 darjah celcius (jangan lebih) pada jangkamasa 40-45 minit. Sesusah kek masak. Letakkan loyang ke atas jaring besi berlapikkan towel kecik. Jangan keluarkan kek ketika panas. Biarkan sejuk. Sesudah sejuk, baru keluarkan kek dari loyang dan dipotong, seterusnya dimakan :D. Simple. Hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk proses membuat.

Tambahan:
Jika inginkan rasa lemon/orange. Masukkan parutan 2 biji kulit limau/lemon. Kemudian setelah kek masak dan sejuk. Bancuh perahan js 2 biji orange bersama 1 atau 2 sudu gula pasir kasar. Kacau dan curahkan di atas kek tadi. Siap :D

Tips:
* Gunakan butter milk. Not margerine or butter. ( Biase buttermilk mahal sikit )
* Jangan pukul bancuhan terlalu lama
* Jangan bakar melebihi suhu 160 darjah celcius. Sebab kek akan garing di luar and mentah di dalam.

Selamat Mencuba..!