Bila Digerakkan Hati Untuk Berdoa

Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita hendak kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Imam Ibn Ataillah menjawab persoalan ini dengan berkata, “…hendaknya doa permintaanmu adalah untuk menunjukkan sifat kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan Tuhanmu.”

Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.

Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Surah Ghafir 40: 60)

Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak berdoa, boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu. Dia seolah-olah berasa pandai, kaya, gagah dan mulia dan tidak memerlukan Allah lagi dalam kehidupan ini. Pada hal sebagai hamba Allah dia sebenarnya sangat rapuh untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, maka selagi itulah kita akan terus berdoa kepada-Nya. Inilah prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh orang yang hampir dengan Allah. Para Rasul, nabi dan umumnya salafussoleh pada zaman dahulu ialah orang yang membudayakan doa dalam kehidupan harian, mingguan dan tahunan pada setiap fasa kehidupan mereka. Mereka sentiasa sedar bahawa mereka ialah hamba Allah dan sebagai hamba, mereka mesti selalu berhubung dengan-Nya. Dan doa adalah “medium” perhubungan itu.

Doa adalah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. Bermula daripada bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, melihat cermin, makan, minum, memakai kasut, menaiki kenderaan, melihat pemandangan, bersin, menguap hinggalah tidur semula…semuanya ada doanya yang khusus. Malah, untuk melakukan hubungan suami isteri pun, mesti dimulakan dengan doa.

Itulah uniknya Islam berbanding dengan agama-agama yang lain. Ajaran Islam begitu kaya dengan doa. Bukan sahaja untuk melaksanakan perkara yang besar, tetapi untuk melaksanakan perkara yang dipandang remeh sekali pun, Islam mengajar kita untuk berdoa.

Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Bukan itu sahaja, malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan kepada-Nya. Ayat-ayat al-Quran yang berupa doa ialah bukti betapa Allah begitu menitikberatkan agar manusia berdoa kepada-Nya. Tidak syak lagi, berdoa adalah satu ciri orang yang “melalui jalan yang lurus dan diberi nikmat oleh Allah” seperti yang ditegaskan dalam surah al-Fatihah.

Para rasul dan nabi juga mendidik umatnya dengan doa. Nabi Muhammad s.a.w. khususnya, telah mengajar kita untuk berdoa pada setiap masa dan ketika. Tradisi itu diteruskan lagi oleh para sahabat, tabiin, tabi‘ al-tabiin dan generasi salafussoleh. Alhasil, khazanah doa sentiasa bertambah daripada satu zaman ke satu zaman.

Mengapa begitu sekali kepentingan doa kepada manusia? Ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuk:

1. Mengekalkan Hubungan dengan Allah Setiap Masa

Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya, manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati. Manusia akan hilang ketenangan, kebahagiaan dan keharmonian walaupun dia memiliki segala-galanya. Tanpa hubungan dengan Allah yang berkekalan, manusia umpama layang-layang putus tali yang akan dihanyutkan oleh gelombang hidup tanpa arah tuju yang pasti.

Doa jua sebenarnya adalah zikir – yakni interaksi dan komunikasi kita kepada Ilahi dengan cara yang paling harmoni. Allah memerintahkan kita agar berdoa untuk mengingati-Nya kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Dan ketenangan itulah hakikatnya sebuah kebahagiaan. Demikian yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah al-Ra‘d 13: 28)

Jelas di sini, orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stres yang melampau dan kemurungan dalam hidup. Hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah apatah lagi apabila dia memerlukan pertolongan. Terbukti hasil kajian dan pemerhatian sejak zaman berzaman, orang yang kuat beragama jarang sakit jiwa apatah lagi membunuh diri. Apa yang agama telah beri sehingga mereka berani menghadapi hidup ini? Ya, doa!

2. Keupayaan Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan Secara Berterusan

Hidup orang yang berjaya sentiasa lebih baik daripada sebelumnya. Sama ada kebaikan itu berkait dengan Allah mahupun yang berkait dengan manusia. Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berubah –daripada kurang baik kepada baik. Daripada baik kepada yang lebih baik (cemerlang).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya.” (Surah al-Syura 42: 26)

Doa adalah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Doa itu harapan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisasikan harapan itu. Dengan berdoa kita mengharapkan sebaik takdir. Dengan berusaha kita melaksanakan sebaik tadbir. Apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik, insya-Allah kita akan berubah ke arah yang lebih baik.

3. Didampingi oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan

Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama kita. Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya. Tenaga yang diperoleh daripada makanan itu akan terarah kepada kejahatan dan menjadi sebab kita terjerumus ke neraka.

Syaitan akan menghasut dengan menimbulkan berapa keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang. Syaitan umpama virus pada hati manusia. Jadi, hanya dengan mengingati Allah menerusi doa kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa ingin mendampingi kita.

Sebaliknya jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita. Malaikat akan dekat kepada orang yang dekat dengan Allah. Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insya-Allah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir!

4. Membentangkan Masalah dengan Jelas dan Tuntas

Doa secara tidak langsung menyebabkan kita membentangkan masalah kita untuk diselesaikan. Apa sebenarnya masalah kita? Inilah langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah. Malangnya, ramai orang yang hanya gelisah tidak tentu arah apabila ditimpa masalah. Sedangkan mereka tidak tahu pun apa masalah mereka yang sebenar.

Doa telah menolong kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan. Begitu yang ditegaskan oleh pakar-pakar psikologi. Dengan berdoa, masalah yang asalnya kabur dan samar menjadi jelas dan terang. Doa adalah seperti menulis masalah kita di atas kertas. Bukankah dengan berdoa hakikatnya kita “berkata-kata” dengan Allah.

Jadi, semasa kita bermohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata yang kita gunakan semasa itu seperti membentangkan masalah kita secara tidak langsung. Ini akan memberi kelegaan, malah masalah yang dinyatakan dengan terang itu sudah menjadi separuh selesai!

5. Melahirkan Rasa Berkongsi Menghadapi Sebarang Kebuntuan

Menurut pakar psikologi, tidak ramai manusia yang begitu kuat sehingga mampu menanggung masalah paling sulit dan perit secara bersendirian. Ada kalanya kita sangat memerlukan insan lain untuk berkongsi rasa dengan kita. Malah dalam keadaan itu adalah lebih baik untuk menceritakan kepada orang lain akan masalah itu.

Namun ada kalanya masalah kita terlalu personal yang kita rasa malu atau enggan untuk diceritakan kepada orang lain. Kadangkala kebimbangan kita terlalu tinggi sehingga tidak dapat berbincang pun dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat terapat. Pada ketika itu kepada siapa kita hendak mengadu?

Ya, sudah pasti kepada Allah. Berdoalah, Allah sentiasa sedia dan setia untuk mendengarnya. Firman Allah yang bermaksud: “Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk.” (Surah al-Baqarah 2: 186)

Berdoa memberikan kita rasa “tidak bersendirian” dalam menghadapi sebarang kebuntuan hidup. Malah kita akan berasa keberadaan Allah bersama kita untuk berdepan dengan apa jua masalah. Benarlah kata pujangga Profesor Dr. Hamka, “Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!” Maksudnya, apabila manusia tidak boleh lagi diharap mendengar pengaduan kita, Allah sentiasa dekat untuk mendengar segala rintihan dan harapan.

6. Mengaktifkan Diri untuk Berusaha

Doa adalah langkah pertama dan utama ke arah suatu tindakan. Dengan berdoa, kita sebenarnya telah mengaktifkan minda dan jiwa kita untuk bertindak. Malah dengan berdoa umpama menyalakan satu jana kuasa dalam diri yang akan menghasilkan tenaga yang sangat kuat untuk meledakkan tindakan.

Terdapat saintis menyatakan bahawa doa juga adalah sejenis tenaga. Iaitu sejenis tenaga yang boleh dihasilkan dari dalam diri seseorang hasil berhubung dengan yang Maha Kuasa. Inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita berdoa. Kita bukan sahaja mendapat kekuatan daripada Allah, malah akan mendapat kekuatan daripada tenaga dalam diri yang telah dikurniakan oleh Allah secara tabii.

Semasa berdoa seorang manusia akan meningkatkan keupayaan tenaga mereka yang terhad dengan menyerahkan diri kepada sumber tenaga yang tidak terhad. Interaksi dan komunikasi kepada sumber tenaga yang Maha Hebat ini akan meledakkan satu kuasa yang sangat kuat. Inilah sumber tenaga dan kuasa yang dimiliki oleh para Rasul apabila berdepan dengan kuasa-kuasa besar yang menghalang kebenaran yang hendak disampaikan kepada umat mereka.

Dengan kuasa Allah impak daripada doa-doa mereka, Namrud, Firaun, Kafir Quraisy yang punya kuasa, harta dan senjata tewas apabila berdepan dengan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Doa adalah antara faktor kejayaan itu. Hakikat inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabdanya yang bermaksud: “Doa itu adalah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” (Riwayat al-Hakim no. 1218)

Walaupun doa itu satu senjata, tetapi jarang sekali digunakan untuk memusnahkan musuh. Sebaliknya ketika berdepan dengan kaumnya, seseorang Rasul sentiasa mendoakan agar kaumnya mendapat hidayah dan taufik daripada Allah, bukan doa menghancurkan mereka. Di Taif umpamanya, setelah Nabi Muhammad s.a.w. diusir dan dilukai, Baginda telah berdoa untuk mendapat hasil jangka panjang (yakni taufik dan hidayah kepada zuriat penduduk Taif pada masa akan datang). Baginda menolak tawaran malaikat memberikan hasil yang “instant” iaitu dihempap gunung ke atas penduduk Taif.

7. Menghindar daripada Penyakit Fizikal

Doa bukan sahaja mampu menyihatkan hati tetapi juga menyihatkan fizikal kita. Sains perubatan berjaya memusnahkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus yang telah membunuh berjuta-juta manusia. Tetapi sains perubatan tidak berjaya melawan kemusnahan minda dan fizikal yang bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. Sains tidak mampu menyekat emosi kerisauan, ketakutan, kebencian, kemurungan yang semakin menular dalam kehidupan manusia masa kini dengan pantasnya.

Semua emosi yang negatif itu memberi impak langsung kepada fizikal manusia. Apa kata Wiliam James (pakar perubatan dan psikologi) tentang risau? Beliau berkata, “Tuhan boleh mengampuni segala dosa kita, tetapi sistem urat saraf kita tidak.” Penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit kerongkong malah lumpuh juga boleh disebabkan oleh kerisauan, ketakutan dan penyakit-penyakit hati (mazmumah) yang lain.

Tetapi dengan berdoa kita boleh mengubat hati dan fikiran daripada serangan sifat-sifat mazmumah yang juga menjadi punca kepada penyakit-penyakit fizikal. Plato pernah berkata, “Kesalahan ahli perubatan adalah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.” Dan kesalahan ini akhirnya diakui oleh pakar perubatan moden dengan mewujudkan satu “ubat” baru yang dikenali sebagai psikosomatik (gangguan fizikal manusia yang timbul akibat masalah psikologi, seperti rasa bimbang, takut dan lain-lain) – ubat yang merawat fikiran dan tubuh badan.

Salah Faham Tentang Doa

Itulah antara sebab mengapa Allah perintahkan kita berdoa. Kebaikan dan manfaat doa bukan untuk Allah tetapi untuk manusia. Jika orang yang sabar, perkasa, mulia, berilmu seperti para rasul dan nabi itu pun sentiasa berdoa, apatah lagi kita yang lemah, jahil dan “biasa-biasa” sahaja berbanding mereka.

Dengan hujah di atas, maka ternafilah anggapan negatif sesetengah pihak tentang doa. Ada pihak yang menganggap doa itu hanya satu pemberitahuan kita kepada Allah tentang apa yang mereka inginkan. Lalu apabila tidak ada apa yang diinginkan, tidak perlulah berdoa. Anggapan ternyata salah kerana doa itu bukan permohonan tetapi juga satu kewajipan. Maka berdoa itu merupakan lambang kehambaan kita kepada yang Maha Esa. Oleh sebab itu, doa perlu dilakukan setiap masa dan ketika kerana kita ialah hamba Allah selama-lamanya.

Selain itu doa juga bukan sesuatu yang pasif. Maka apabila sudah tiada usaha yang boleh dibuat lagi, menyerah dan pasrah sajalah kepada Allah. Anggapan sesetengah orang ini ternyata salah kerana doa itu sesuatu yang pro-aktif. Malah doa itu perlu dibuat sebelum kita melakukan sesuatu kerja, semasa dan selepasnya. Doa penting pada permulaan, pertengahan dan pengakhiran sesuatu tindakan.

Islam tidak mahu umatnya berdoa setelah berasa lemah. Jangan berdoa dan berharap kepada Allah hanya setelah doktor mengakui ketidakupayaannya. Tetapi berdoalah kepada Allah sebelum kita menemui doktor untuk mengubat penyakit itu. Doa sesuatu yang bersifat proaktif, bukan jumud dan pasif. Lihatlah, dengan keberkatan doalah Nabi Musa mampu berdepan dengan Firaun dan ahli sihirnya. Dengan doa juga, Nabi Ibrahim meruntuhkan berhala-berhala sembahan Namrud. Malah Nabi Muhammad berdoa ketika memulakan hijrah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.” (Surah Ibrahim 14: 39)

Oleh yang demikian tidak mungkin orang yang benar-benar berdoa untuk mendapat hidayah, rasa berat hati untuk menghadiri majlis-majlis tazkirah dan pengajian. Tidak mungkin orang yang memohon untuk mendapat rezeki yang halal, tetapi terus bermalas-malas tanpa melakukan apa-apa pekerjaan. Jadi, jagalah integriti dalam berdoa dengan menyejajarkan antara doa dengan usaha. Misalnya, janganlah setiap hari berdoa minta kesihatan tetapi terus merokok. Jika demikian, apakah kita tidak terasa yang kita sedang “mempermainkan” doa dan kepada siapa yang kita berdoa itu?

Ingatlah bahawa perbezaan antara orang yang berdoa dengan orang yang tidak berdoa umpama orang hidup dengan orang yang mati. Dengan berdoa kita mengaktifkan tenaga dalaman kita yang mampu menghadapi apa jua masalah dan cabaran hidup. Jangan cuba hidup bersendirian kerana hidup ini perlukan teman. Dan sebaik-baik “teman” ialah “Teman daerah tinggi” (al-rafiq al-a‘la) yang disebut berulang kali oleh Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya.

Jadi, berdoalah… nescaya kita tidak akan bersendirian dalam menghadapi apa jua masalah dan kebuntuan. Ada “Teman daerah tinggi” yang setia dan sentiasa mendengarnya!

Renungkan ungkapan berikut: “Doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha!”


Credit : Ustaz Pahrol

Ulam dengan Sambal Kelapa



Ulam dengan Sambal Kelapa

Assalamualaikum

Sejak dua menjak aku kembali kepada unsure alami ni , aku mulalah pandai-pandai belajo nak makan ulam-ulaman laa kan. Yer la ibu-ibu , akak-akak sekalian , kononnya nak jadi muda jelita remaja kan , disamping nak jaga maintenance bagai. Bak kata mama , “awak muda-muda ni la dah start makan benda-benda ni , maintain sampai tua esok , ni macam mama dah tua baru nak makan , tu yang semua kena GOLD tu..” hahaha , merujuk kepada susu anlene ye rakan-rakan..

So , aku pun dah pandai le makan ulam-ulaman ni. Tapi MASALAH terbesar aku adalah , aku TAK RETI makan dengan sambal belacan. Series , bukan nak berlagak (since incek hero aku perli aku kata aku mat saleh celup atau melayu tak tulen kan) tapi memang takleh nak makan. Same goes to sambal tempoyak , cencalok , budu dan sebagainya. Sikit tu bolehlah , tapi nak makan as pencicah memang tak leh gi.

Jadi , mama yang baik hati lagi mulia suggest untuk di makan bersama sambal kelapa. Jadi , anaknya pun belajo ler cara-cara membuatnya. Esok senang , nanti incek hero makan sambal belacan aku leh gak makan sambal kelapa kan kan? Jadi , ni resipinya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

Ulam-ulaman (pegaga , ulam raja , daun selom , dan sebagainya)

Kelapa parut

Bawang besar/bawang merah (sikit je)

Ikan bilis/udang kering

Cili merah (ikut citarasa nak pedas)

Garam/Gula (secukup rasa)

Alatan :

Lesung batu (tradisional lah sikit kan)

Cara-caranya:

1. Tumbukkan cili merah hingga lumat (make sure potong-potong dulu eh) , pastuh masukkan bawang merah atau bawang besar , tumbuk hingga hancur

2. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang kering sebagai perisa , pun tumbuk hingga hancur

3. Setelah agak sebati , masukkan kelapa dan tumbuk-tumbuk sket.

4. Kemudian gaulkan , letak garam dan gula secukup rasa.

5. Sedia dihidang dan dimakan bersama ulam-ulaman.

Tips :

Bagi memastikan ulam-ulam atau jenis sayuran tahan lama , basuh sayur/ulam sebersih-bersihnya , kemudian toskan hingga kering. Pastikan betul-betul kering. Kemudian , masukkan sayur tadi dalam plastic biasa ataupun Tupperware dan masuk dalam peti ais.

InsyaAllah , sayur atau ulam akan tahan lama dan tak lecur. Tapi pastikan sayur atau ulam tu betul-betul kering selepas dittos tau! ;)



Safi Rania Gold

Safi Rania Gold


Okay , asyik memasak je kan. Jom kita cerita pasal kosmetik plak. Jujurnya , aku ni bukan jenis yang look into barang-barang melibatkan kosmetik ni , tapi nak belajar-belajar la jugak kan.

Aku ni jenis yang mengalami masalah kulit yang super sensitive. Pantang tersalah guna produk , sure muka aku jadi merah. Tapi tak la lama. Cuma , azab la jugak kan. Alhamdulillah , Cuma takde tinggal parut-parut kan.

Dah banyak produk yang aku cuba. Dari yang murah , sampai la yang mahal giler. antara produk yang menjadi kegunaan aku adalah :

1. Mustika Ratu



Honestly, produk ni memang tak sesuai tuk kulit muka aku sebabnya is berasasakan rempah ratus ,tu takde hal sangat tapi maybe sebab panas untuk aku. Jadi muka aku akan berminyak dan merah dan jerawat naik. Tapi kalau macam syampu ke lotion , aku okay. (Nanti kita cerita lain ye)


2. Loreal Paris



Ni pun okay , Cuma aku tak larat tang harga dia. Pastuh , banyak gak version . Pening palo den nak memilih. Aku ni jenis rambang mata , bankrupt le nak beli semua. Tapi ada yang time aku pakai , muka aku berminyak. So , tak kekal jugak.


3. The Body Shop



Okeh , yang ni sebenarnya , aku harus jugak la berterima kasih sangat-sangat untuk mengembalikan kesempurnaan kulit aku (Alhamdulillah). Sebab aku guna produk Tea Tree dia selama dekat 6 bulan kot. Lepas tea tree aku guna seaweed. Again , masalah sama adalah dari segi harga. Tak larat nak tahan maintenance tiap 3 bulan beb. Tapi aku still suka milk cleanser seaweed dia. Soothing. Boleh try.


4. Safi balqis



Yang ni , aku try. Unfortunately , tak okay jugak. Muka aku jadi oily. And krim dia terlalu putih untuk aku , bila aku pakai nampak extra pucat. Huhu. Tapi aku guna krim jerawat dia. So far , Alhamdulillah.


5. Decleor / Gatinue


Okay , seriously , ni produk paling mahal aku guna. But it last long dekat setahun la jugak. Tapi bila nak beli balik tu , sengkek gak la beb. Aku Cuma guna cleanser ( RM185), moisturizer (RM280) ngan toner ( RM150) serta sunblock (RM 185). Mahal kan?? Rasa macam orang kaya je pakai. Tapi okay la result dia. Memang lembut. Cuma aku betul-betul tak mampu nak beli. Last-last stop.

So , bila aku dah stop guna decleor tu , kenalah carik alternative lain. Ntah macam mana terilham nak try Safi Rania Gold. Sebelum tu , aku usya-usya jugak price dia. Aku bandingkan dengan garnier , follow me , gervenne dan berbagai lagi. Bukan aku taknak guna international product , Cuma rasa nak guna yang simple-simple je and yang penting senang nak carik.

Aku nekad , nak try Safi Rania Gold. Aku beli yang basic dulu . Cleanser , Moisturizer ngan Sunblock. Alhamdulillah , aku serasi. Muka tak oily. Then , aku try beli Serum , Night Cream , Toner dengan Eye Serum. Tak silap aku kalau one set , tak sampai RM100. Berbaloi.

Aku paling suka serum dia. Lembut. Toner dia pun lembut. Yang penting moisturizer dia tak oily. Jadi sekarang ni , aku stick with Safi Rania Gold , and aku suggest kat mama. And Alhamdulillah , mama pun kata okay. Kulit mama jenis tak oily macam aku , tapi ada jeragat and eye bag. Now aku tengok muka mama dah bersih. Sama macam guna decleor jugak. Even mama kata , Safi Rania Gold is much more better.

Abah pun happy la kan , tengok dua beranak ni dah pandai berjimat cermat. Hehe , selama ni bukan kitorang tak fikir , aku selalu je ngan mama sembang pasal harga yang mahal-mahal giler tu. Tapi sebab pakkal je kulit aku sensitive , so kene beli jugak lah kan.

Jadi , kepada sesiapa yang nak try tukar produk yang okay with reasonable price. You may change to Safi Rania Gold. Recommended.

Nota Tambahan/Tips:

Oh ya , tapi kalau ada waktu-waktu tertentu tu kan , time jerawat nak keluar or tetiba liang roma membuka besar tu adatlah kan. Yang penting , penggunaan konsisten secara berdisplin. InsyaAllah berkesan. ;)

Credit : gamba search from incek Google.

Taugeh Goreng Kunyit dengan Udang


Taugeh Goreng Kunyit dengan Udang

Assalamualaikum.

Hari ni resipi simple jugak , taugeh hat yang besaq-besaq tu goring kunyit ngan buh udang sket. Taugeh ni , kekadang kalau kita masak tak lama , rasa dia maung sket , rasa maung ni macam rasa mentah-mentah gitu kan. Ni lauk favourite mama , memang pantang jumpa taugeh besar ni. So cekiaud!

Bahan-bahan:

Taugeh besar (buang ekor)

Udang halus (nak pakai udang besar pun boleh)

Bawang putih (dimayang halus)

Bawang merah (dimayang halus)

Bawang besar (dimayang halus)

Ikan bilis (sikit , buat perencah , nak pakai kiub pun okay)

Cili merah (dihiris)

Sedikit kunyit

Minyak untuk menumis

Garam/Gula

Air

Cara-cara :

1. Macam biasa , buang ekot taugeh tu , basuh bersih. Letak tepi

2. Panaskan kuali dengan minyak, sikit je untuk menumis. Guna minyak sayur pun okay.

3. Tumis bawang putih ,bawang merah ,bawang besar ,ngan ikan bilis sikit. Kemudian masukkan udang.

4. Agak-agak dah naik bau , masukkan taugeh , cili . Gaulkan m pastuh tabur kunyit sikit. Dalam setengah sudu kecik. Jangan banyak-banyak nanti pahit.

5. Bila agak dah gaul sebati , tuangkan sikit air. Sikit je , nak bagi taugeh tu masak/empuk.

6. Biarkan mereneh. Masukkan garam dan gula sebagai perisa. Nak pakai sos tiram sikit pun boleh.

7. Bila dah mereneh , boleh tutup api. Tapi kalau boleh , rasalah dulu taugeh tu dah lembut ke belum.

8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Nota tambahan:

a) Boleh juga ganti dengan masak kicap. Gantikan kunyit dengan buh kicap.

b) Boleh masukkan hirisan lobak merah atau sayuran kegemaran

Tips:

Untuk pastikan taugeh sentiasa rangup dan segar bila disimpan. Masukkan dalam bekas Tupperware (ala bekas Tupperware tau fu fah pun ok gak). Letak air sikit , jangan banyak sangat , letak sekeping asam keping. Yang kecik je. Masukkan dalam peti ais. InsyaAllah , taugeh akan segar.