Bahan biskut :
400gm tepung halus (tak guna semua, masuk sikit-sikit)
250gm mentega (1 buku)
25gm gula icing
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
Inti:
400gm gula pasir
2 biji nenas (diparut)
1 sudu besar mentega
1 cm kulit kayu manis
*** Nak mudah, beli yg dh siap tu...hehe.
Cara buat inti:
1. Masak nenas dan gula pasir hingga hancur
2.Masukkan mentega,kulit kayu manis dan masak hingga pekat
3.Sejukkan inti
Cara buat biskut:
1.Pukul marjerin dan gula icing, susu tepung hingga berkrim
2. Masukkan telur dan esen vanilla kacau hingga rata
3. Kemudian masukkan tepung halus dan uli adunan hingga menjadi doh.
4. Ratakan doh menggunakan papan pencanai dan terap mengikut acuan kuih tart dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris.
5. Letakkan inti nenas di tengah dan hias mengikut citarasa.
6. Sapukan sedikit kuning telur di atas hiasan
7. Seterusnya bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah celcius.
NOTES:
1. Kalau guna marjerin, biskut tart akan nampak lagi kuning and menarik than using butter
2. Masukkan tepung sikit demi sikit and the best uli dengan tangan sebab taknak doh terlalu keras and kering.
3. Adunan ni boleh juga nak buat tart gulung
4. I use ready made punye inti, easier and cheaper
SELAMAT MENCUBA...!!
Spend my lifetime with my loved ones , do what I love to do cause I Love My Life. Thank you Allah.
Hot Dog Egg Roll
Roti Keping (White Bread/Wholemeal)
Hot Dog
Timun/Salad/Tomato (Ikut Citarasa)
BBQ Sauce/ Tomato Ketchup/Chilli Sauce/ Mayonise
Telur
Parsley
Susu UHT
Cara-Cara :
1) Canai roti keping (supaya tak serap minyak & senang menggulung)
2) Sementara tu bakar/goreng hotdog atas kuali leper.
3) Pukul telur, garam, daun parsley, susu UHT
4) Setelah hot dog masak, letak di atas roti keping tadi. Letakkan sayur-sayuran/cheese/ sos mengikut citarasa anda
5) Gulung hot dog tersebut, dan celupkan ke dalam bancuhan telur tadi
6) Goreng atas kuali leper
7) Setelah agak garing, salutkan sekali lagi dengan bancuhan tadi
8) Gulung dan potong, sedia untuk dimakan :D
Subscribe to:
Posts (Atom)