Chicken Soup @ Sup Ayam


Salam..

Hari ni kita buat sup ayam...sup kosong je..takde rempah sangat....so, kalo demam-demam ke kurang selera makan ke..sesuai laa kot..apetah lagi yg sentiasa beselera tu... (^_^)

Bahan-bahan :-

  • Ayam - dipotong ikut citarasa
  • Kentang
  • Rempah Sup/Kurma - 1 sudu kecil
  • Kiub Ayam ( optional)
  • Daun sup
  • Bunga lawang/Cengkih/Kayu Manis/Buah Pelaga
  • Minyak zaitun untuk menumis
  • Bawang merah - dihiris
  • Air
Caranya :
  • Panaskan minyak sedikit, tumis bawang/ bunga lawang/buah pelaga/kayu manis/cengkih/rempah sup atau kurma
  • Tumis hingga naik bau, masukkan air
  • Kemudian masukan kentang, biar sehingga agak empuk
  • Masukkan ayam yg telah dipotong
  • Biarkan ia mendidih, pastikan kentang dan ayam benar-benar empuk
  • Bila dah mendidih, masukkan batang daun sup (nak buh daun saderi pun cun)
  • Bila agak-agak nak tutup api, masukkan daun sup yg di potong kasar
  • Sedia untuk dihidang bersama nasik putih panas, atau nasik ayam....atau makan begitu sahaja.....
  • SELAMAT MENCUBA...!~
....(^_^)

No comments: