Old School Pineapple Tart


Bahan biskut :
400gm tepung halus (tak guna semua, masuk sikit-sikit)
250gm mentega (1 buku)
25gm gula icing
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence

Inti:
400gm gula pasir
2 biji nenas (diparut)
1 sudu besar mentega
1 cm kulit kayu manis

*** Nak mudah, beli yg dh siap tu...hehe.

Cara buat inti:
1. Masak nenas dan gula pasir hingga hancur
2.Masukkan mentega,kulit kayu manis dan masak hingga pekat
3.Sejukkan inti

Cara buat biskut:
1.Pukul marjerin dan gula icing, susu tepung hingga berkrim
2. Masukkan telur dan esen vanilla kacau hingga rata
3. Kemudian masukkan tepung halus dan uli adunan hingga menjadi doh.
4. Ratakan doh menggunakan papan pencanai dan terap mengikut acuan kuih tart dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris.
5. Letakkan inti nenas di tengah dan hias mengikut citarasa.
6. Sapukan sedikit kuning telur di atas hiasan
7. Seterusnya bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

NOTES:
1. Kalau guna marjerin, biskut tart akan nampak lagi kuning and menarik than using butter
2. Masukkan tepung sikit demi sikit and the best uli dengan tangan sebab taknak doh terlalu keras and kering.
3. Adunan ni boleh juga nak buat tart gulung
4. I use ready made punye inti, easier and cheaper



SELAMAT MENCUBA...!!


No comments: